29 April 05
9.00
pm
Lokasi Kedai Sup sebelah LRT
Taman Melati. Menunggu peserta2 xPDc melaporkan diri.
Botak, Adelin, Pisha, Bett,
Eppot, Kak Ina, Chipoi, Nieta, Nowa, Pogo, Budien, Din, Zul, Abah Reen, Ziezie,
Teh, Apies, Lan dan Guide Epol
Turut serta hadir memberi
sokongan Adek, Nina, Nije (suspected denggi), Chedin n Kinah serta anak2, Nazly,
Abang Yus Ikan Bilis.
Bett mengedarkan T-Shirt yg
di order .. Cun dan terlebih saiz
Transportation;
Abah Reen drive van bersama
krew Apies, Budien n teh.
Eppot
drive satria bersama krew Botak, Adelin n Chipoi.
Pisha
drive Wira bersama krew Kak Ina, Bett
Pogo
drive proton merah bersama krew Guide Epol, Nowa dan Nieta.
Din
drive wira bersama krew Zul, Ziezie n Lan.
11.15
pm
Bertolak dari Tmn Melati.
01.00
am
Sampai di rumah abang Yan.
Guys tido kat surau, girls tido kat rumah abang Yan.
30 April 05
8.00 am
Breakfast donut dan nasi
lemak beserta karipap.
8.45 am
Bertolak ke Lata Berembun menaiki 2 buah 4 WD.
Berembun
waterfalls are located in Pahang on the slopes of Gunung Benom. For the last 2
km of the access road you need a 4WD or you must walk.
Dalam perjalanan ke sana,
kami melalui kawasan pekan yg rata2 penduduknya menjalankan aktiviti pertanian
seperti menanam koko,
Botak “ dulu masa
kecik-kecik kat kampong aku jemur koko mcm ni laaa….”
Bila start masuk trek off
road .. pemandangan kiri kanan penoh dengan ladang kelapa sawit, diikuti dengan
pokok-pokok getah kemudian tanaman pisang montel dilereng-lereng bukit.
Botak “ dulu masa aku
kecik-kecik kat kampong aku tanam pokok pisang” moekekeke tak abes-abes ngan masa kecik2 dia…
bau diesel yang menusuk
hidung membuatkan director Bett mabok2 dan Pisha mamai2.
Dalam setengah jam perjalanan Kak Ina bersuara “ Reen kat mana pajero terbalik? "
Abah Reen pon memberi
isyarat tangan “ Kat depan tu ..”
Sampai di satu lopak mak aii
dalam nyer cammana nak lepas nie. Tiba-tiba 4WD menggelongsor. Apalagi menjerit
laa …. (don’t worry 4 wheel handled by pro’s)
9.45 am
Air terjun Lata Berembun
menambat hati kami.
Setelah semuanya bersedia
pendakian dimulakan.
Aksi stunt yang pertama
adalah dari teh, tengah cross sungai boleh pulak dia tergolek nasib baik Chipoi
jadik heroin sekejap dapat tangkap cover bag teh. Bravo ….
Aksi stunt lelaki pula
dipegang oleh Din Baik….bloop bloopp…… tergolek jugak dalam air.
1.30 pm
Lunch kat trek sesat. Menu –
nasi impit, roti n daging burger, tempe goreng (sumbangan Teh). Kali kedua sesat di trek.
Condition trek memang teruk. Pokok tumbang sana sini. Budien, Zul,
Ziezie dan Din mengambil kontrak menebas pokok-pokok berduri. Nampak macam dah
lama orang tak lalu trek nie. Bukit pulak panjang tak hengat.
3.40 pm
Sampai di last water point.
Kepenatan yang teramat
sangat. Semuanya kelihatan gembira kerana sampai di last waterpoint. That means
we are on the right track.
The weather so far is on our side. Semua mengeluarkan botol air
masing-masing stok air untuk dua hari. Waterpoint kechik jer kat bawah batu.
5.15 pm
Mendaki ke kem Bulat.
Naik, naik dan naik lagi …..Bebagai-bagai jenis lumut terdampar dikiri kanan trek. Looks like it is
still untouched …
7.15 pm
Sampai di Kem Bulat ataupon
lebih tepat sebenornya Puncak Bulat.
Hajat untuk sampai di kem
Bulat sebelum matahari terbenam tercapai.
Dialog 15 min sebelum kem Bulat,
Adelin “ Budien Maghrib
pukul berapa? (alasan nak take 5) ”
Budien “ Depan tu kiter
berenti ek? ”
Tapi tak berenti gak ..
Makan malam, Menu – Nasi
putih, sup soon, ayam masak merah, ikan masin bulus ayam, sambal cencalok. Tonite’s Chef adalah
gabungan KHG n MDC Botak dan Puan Rosnita. Memasak sambil layan AIM melalui
radio yang Nowa bawak.
1 April 05
8.30 am
Breakfast, today’s menu
nasi goreng Kem Bulat prepared by Nieta and Chipoi.
10.00 am
Mula Mendaki ke puncak
Layan view batu-batu, pokok
atas batu dan batu dan batu lagik. Nampak tapak kaki harimau
kumbang.
Berjalan diatas akar-akar
pokok, kiri kanan gaung.
2 jam sebelum sampai puncak:
Terdengar suara-suara
gumbira kepangokkan sambil menyanyi tiba-tiba ..
“Tolong senyap boleh tak!!!”
Budien tensi kepangokkan menebas trek …
“Wei .. senyap wei .. Budien
penat tu” Kak Ina
15 minit sebelum sampai
puncak:
Chipoi “ Bila nak sampai nie
Kak Ina? “
Kak Ina “ Lepas batu besar
nie sampai la”
(Berapa banyak batu da … )
Along the way to the top ader la dalam 20 something batu-batu besar kiri
kanan.
Guide Epol take over Budien
yang dah penat menebas duri2. Baru la dengar suara Epol dari jauh sayup-sayup
menyanyi … “Perjalanan ini terasa amat menyedihkan ……”
3.15 pm
Kemuncak Gunung Benom
Pembubaran Kelab Jiwa Luka.
Abah Reen dengan tersenyum simpul akhirnya dapat memenuhi impiannya untuk
menawan Gunung Benum setelah dua kali kecewa. View tak nampak aper sangat
sebab berkabus.
Campsite di puncak nampaknya
lagi besar dari Kem Bulat, punca air tiada. Hanya terdapat botol-botol air yg dikerat
untuk menadah air hujan. Bett dan Pogo amik kesempatan untuk membuang tohi di
puncak Benom.
Sessi bergambar. (bukan senang nak naik . rugi kalau tak bergambo)
4.20 pm
Balik ke Kem Bulat.
6.20 pm
Sampai di Kem Bulat. Orang
last sampai
7.15 pm
Dinner
menu – Nasi putih, masak
lemak ikan masin campur nenas, papadom, ikan bilis goreng bawang.
Tengah prepare dinner tiba2
hujan turun. Tapi tak lebat sangat and sekejap2 sekejap jer. Di saat ini lah
Nieta (makcik kantin) mendapat idea untuk mencipta gore-tex baru material
plastic sampah.
Rumah urut dibuka.
Masing-masing sibuk merawat luka-luka, terseliuh, terkehel dan lain-lain. Lan
(Stokis Makjun) sibuk mempromosikan produk nyer.
2 April 05
8.30 am
Bangun…bangun…bangun
Breakfast
Today’s Chef is Budien, Menu
– Nasi Lemak [nyum…..nyum (sound effect engineer Pisha)]
10.20am
Turun ke last waterpoint
11.15 pm
Last waterpoint (take 5)
12.55 pm
Sampai di sungai berbatu. Nowa sibuk
mengunakan skillnye mengambil gambar. Lunch
maggie jer …. Tukang masak dah penat …
2.30 pm
bertolak ke Lata Berembun
3.15 pm
sampai di Lata Berembun
Masing-masing
sibuk membersihkan diri, mandi-manda setelah 2 hari tak mandi. Botak
menunjukkan skillnya terjun tiruk.
5.00 pm
4WD sampai.
6.15 pm
bertolak ke Kg Lembah Klau. Sebelum bertolak
balik, Bett pulak kecoh beg duit dia ilang…..puas dicari-cari rupa-rupanya kat
dlm periuk…apa la Bett ni..kalut sungguh.tu la asik sebut peghoyok jer…sampai
letak beg duit pon dalam peghoyok (periuk dalam loghat perak)
7.30 pm
bertolak balik ke KL ..
8.00 pm
Dinner di Bentong
11.00 pm
Sampai di Taman Melati.
Tamat sudah satu perjalanan.
Kepulangan kami disambut oleh Padel aka Jambu Botak,Amoi, Lipan beserta
anaknye Danish … ye ye mama balik ……… hehehhehehe
Sila dapatkan VCD XpDC Mount Benom daripada Teh Fartonah (penjual cd pirate) sementara stock masih ada …