Eleh! A Malay poem by Yasmin Ahmad
Was browsing thru Yasmin Ahmad Blog and i found something funny to share. A Malay poem creatively written.
Eleh!
Eleh!
You tu memang gitu.
Kejap nak,
kejap tak nak.
Takut I sentuh,
takut I tak sentuh.
Bila I chakap hello,
you mengeluh.
Bila I chakap bye-bye,
you berserabai.Sudahlah.
I dah malas.
Tak de masa.
Banyak kerja lain.
Banyak mata lain
yang gian nak
ber-tango
dengan mata I.
Banyak lidah lain
yang hauskan
bibir I.Bibir I yang tebal tak tebal,
nipis tak nipis.
Senyum atau chemik,
sentiasa manis.
Bibir yang basah
berginchu merah,
cherah secherah-cherahnya.Bayangkan,
seperti yang you pernah bayangkan.
Bibir I, di bibir you.
Bibir I, di telinga you.
Di leher you.
Di dada you.
Di perut you.
Di pusat you.
Di peha you.
Di sana you
dan di situ you.Bayangkanlah.
Jangan malu-malu.
Bukan I tak tahu.
Memang you pernah bayangkan dulu.Eleh!
You tu memang gitu.
Dah tahu
buat tak tahu.by Yasmin Ahmad
replied
Hek Eleh,
Bukan I tak mahu
Bukannya u tak tahu
I ni kan pemalu
Cuba nak bagitahu
Tapi u nampak pura-pura tak laluSudahlah tu
Jangan begitu
Kalau u dah malas
Macam mana I nak balas
Kalau u begitu
I akan terkedu
Banyak kerja lain?
Kemana? Sidai Kain?
Kalau gitu
Macam mana nak main?
Apa kata ditepi penyidai kain?
Kita main saing-saingI tau banyak mata lain
Tapi yang sepet ni jugak yang lain
Mata yang u puja
Buatkan hati u terujaTapi apa kan daya
Mata yang u puja
Bibir yang I teruja
Kini masing-masing dah berpunyaSekarang ni bukan I malu
Tapi sekarang dah tak macam dulu
Bukannya u tak tahu
I bukannya solo macam dulu
Dan u tak single selaluMemang I selalu bayangkan
Bibir u dibibir I
Bibir u ditelinga I
Di leher I
Di dada I
Di perut I
Di pusat I
Di peha I
Di mana-mana IWalau kini kegersangan
Tapi I tetap sayangkan my dian
Tapi I tetap bayangkan my gianHek Eleh
Itu lah I nak bagitahu
Kenapa I begitu
Bukannya tak mahu
Tetapi maluby don’t know
for interesting collections by Yasmin Ahmad you can stop by here ..
June 29th, 2005 at 5:26 am
Muahahahha..bukan senang aku nak jumpe poem gatal yg mcm tuh…muahahha..